Friday, March 26, 2010

Ulasan 3 - Voguelicious

Dua minggu yang lepas, saya telah membaca mengenai kisah Voguelicious di Berita Minggu. Mengenai sekumpulan anak muda yang belum mencecah 21 tahun berpakaian seperti wanita...

Sebelum ini saya telah memberikan ulasan yang agak keras mengenai mereka kerana mengikutkan perasaan. Tetapi setelah berbicara bersama rakan rakan yang menanyakan tentang hal ini, maka pendapat kami terbahagi 3.

Pertama
Publisiti Murahan BM atau benar benar ikhlas menyiarkan kisah sebegini sebagai contoh mengenai tergelincirnya remaja Melayu Islam Singapura?

Secara logik, kaum Melayu Muslim Singapura tidaklah begitu ramai hinggap perlukan persaingan jikalau di bandingkan dengan akhbar di Malaysia. Tetapi andaian saya ialah, mungkin kurang pembaca remaja Melayu Islam kerana mereka kini lebih gemar membaca akhbar Inggeris?

Maka kalau publisiti murahan mustahil tapi kemungkinan menarik perhatian orang untuk membeli BM pada hari itu sedikit sebanyak akan melonjakkan keuntungan kepada syarikat.

Kalau benar ikhlas menyiarkannya mengenai remaja Melayu Islam Singapura, soalan yang di timbulkan ialah - adakah remaja remaja ini yang kemungkinan belum menjangkau 21 tahun benar benar faham mengenai tindak balas hasil dari interviu ini? Adakah kisah ini hasil dari pihak penyiaran Berita Minggu atau sekadar rencana atau idea dari para pelajar yang sedang ber - intern?


Adakah kepastian atau ke izinan dari keluarga di dapatkan sebelum melakukan interviu yang begitu mengaibkan kerana ia bukan sahaja melibat remaja remaja malahan yang terheret sekali ialah keluarga - ibu bapa, rakan taulan, sahabat handai atau saudara mara. Secara amnya, keluarga melayu atau orang melayu memang rapat dan ia menjejaskan ramai pihak.

Kalau benar ia ikhlas, bagaimanakah pendapat dari segi agama? Penganut Islam kebanyakkannya orang Melayu dan ini sudah terang melanggar hukum - soal perilaku dan fitrah, halal dan haram dan akhirat?

Kedua
Bagi pihak Voguelicious, syabas kerana anda berani ke depan meluahkan perasaan. Pada hemah saya tak salah kalau anda memberitahu perihal sebenar - jiwa naluri anda. Tidak salah. Tetapi, kewajipan kita sebagai anak akan tetap menjadi kewajipan dan ini tiada tetapinya (no buts)

Pertama - Kewajipan agama - taat pada perintah Allah SWT.
Kedua - kewajipan mencapai yang terbaik buat diri anda supaya dapat menjamin masa depan yang cerah untuk hari esok - seperti mendapatkan pekerjaan yang baik supaya dapat membantu keluarga.
Ketiga - kewajipan menjaga nama baik dan maruah keluarga.
Ke-Empat - sebagai lelaki, kewajipan menjadi khalifah/ketua keluarga pada masa hadapan (insya Allah)

Memang saya akur dengan pendapat anda semua bahawa ada lelaki lembut itu wujud, homoseksual pun wujud maka tetapi harus juga kita berpendapat bahawa Allah SWT akan senantiasa bersama kita dan perhatikan gerak geri kita setiap masa.

Sebagai penganut Islam, setiap perkara yang terjadi pada diri kita adalah ujian dan kita harus terima ujian dan reda melaluinya.

Maka jika naluri anda seperti perempuan tetapi jasad anda tetap lelaki dan bila mati bukan wanita yang akan memandikan awak tetapi kaum lelaki - ini adalah hakikatnya.

Maka tiada salahnya jika saya berkata bahawa anda semua harus tabah melalui kehidupan ini. Jangan sesekali jatuh mengikut perasaan. Allah Maha Mengetahui dan setiap masalah ada jalan penyelesaian - Insya Allah.

Saya akur bahawa tidak semestinya hidup anda aman bahagia atas usikan dan gurauan kasar yang di laungkan dan juga memalukan kerana saya sendiri telah melaluinya.

Saya juga mempunyai sejarah saya sendiri tapi saya mula berfikir dan alhamdulillah, fokus saya adalah pada kerjaya saya.

Yang penting ingat 3 perkara - Allah, IbuBapa dan Adik beradik.

Yang lain jangan ambil peduli kerana...di waktu kita senang dan susah Allah , Ibu dan Bapa bersama kita.. bukan kawan kita.. Bila kita di jemput pulang ke Rahmatullah, cuma adik beradik kita sahaja akan doakan kita. (kalau di jemput awal sebelum ibu bapa...maka ibu bapa akan doakan kita juga)

Ketiga
Kita perlu menyelidik cara pendidikan disekolah. Cuba fikirkan - pada zaman ini, anak anak meluangkan lebih banyak masa di sekolah dari di rumah. Ibu bapa juga lebih banyak bekerja - untuk kesenangan anak anak. Tapi janganlah kita mengabaikan tanggungjawab masing masing.

Di sekolah, anak anak kita mungkin di ejek, di buli, di tertawakan. Kalau anak anak mengadu jangan ambil mudah, harus dengar dan fahamkan apa yang ingin di sampai oleh si anak dan cuba berbual pada guru untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara perkara seperti di katakan tadi.

Akhir kata, saya bukan dari golongan yang alim ulama tetapi saya hanya memberikan ulasan apa yang di bincangkan oleh beberapa kawan saya. Maka dari itu saya mohon maaf kalau pendapat saya anda kurang senang tetapi, saya maksudkan yang terbaik untuk anda.

No comments: