Saturday, March 13, 2010

Tanah Suci




















Hari ini, abah dan mak pergi mengerjakan umrah.

Saat saat yang di nantikan 3 bulan lamanya akhirnya tiba. Kita sempat berjemaah subuh dan ini lah doa ku tadi pagi:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunkanlah dosa dosa kami (3x)
Limpahkanlah kami,
kurniaan dari Mu,
rezeki dari Mu,
Rahmat dari Mu.

Ya Allah,
Terimalah ibadah kami,
Lindungilah kami dari azabMu
Jauhi kami dari NerakaMu
Dekatkan kami ke jalan yang di redhaiMu

Ya Rabb,
Andai hari ini adalah kali terakhir kami bersama,
Kau berilah kami kekuatan untuk melalui hidup ini,
Andai hari ini adalah hari terakhir kami tatapi wajah masing masing,
Kau temukanlah kami di SyurgaMu.

Ya Tuhan Semesta Alam,
Sesungguhnya hidup kami, mati kami dan ibadah kami
adalah untukMu
Maka berikanlah terbaik untuk kami sekeluarga.

Wa'sollallahu ala Nabiyyil Ummiyi Wa'ala alihi Wassahbihi Wassalam..
Walhamdulillahir Rabbil Alamin...



Memang perasaan di tinggal kan ibu bapa amat pedih..ini baru meninggalkan untuk mengerjakan umrah..bayangkan Haji atau meninggalkan untuk selama lamanya?


Bayangkan peritnya.


Walau apa pun, sempat abah memberi taklimat kecil untuk kami adik beradik - bahawa jikalau beliau dan mak tidak balik, saya harus di anggap sebagai ketua keluarga kerana saya anak yang sulong.


Pembahagian harta harus mengikut farait dan rumah ini adalah untuk kami adik beradik tinggal sehingga tiba suatu masa untuk jual.


Apa pun saya harap mak dan abah dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan insya Allah dapat menyambut abah dan mak pulang pada 27th March 2010.


Kepada pembaca harap dapat sama sama doakan kepulangan bonda dan ayahanda saya yang tercinta..



No comments: