Sunday, January 18, 2009

Dugaan

Dugaan adalah sesuatu yang setiap insan di dunia ini akan lalui. Aku dapat rasakan bahawa tahun ini akan mempunyai cabaran yang lebih meluas bagi diriku. Apa cabarannya ku tidak akan mengetahui hinggalah ia tiba kepadaku.

Namun, aku hanya manusia biasa. Senantiasa dicengkam perasaan takut, seram, kecewa, gembira, sedih, duka dan lain lain lagi.

Namun, aku tetap akan sabar dan menerima dugaan dengan hati yang tabah dan minda yang terbuka.

Tiada masalah akan selesai kecuali dengan KehendakNYA.

Tiada masalah yang terlalu rumit bagiku kecuali dengan izinNya.

Ada jawapan bagi setiap masalah yang ku lalui pabila kuserahkan segalanya kepadaNya.

Kerana setiap hari yang kulalui,
Setiap nafasku yang di beri,
Setiap kali ku bangun tidur dan mengucapkan Alhamdulillah,
adalah dengan izinNya.

Kerana segalanya adalah pinjaman bagiku dan tidak ternilai dari segi wang ringgit. Hanya ibadahku,amalku yang dapat menjamin segalanya.

Moga moga, kami sekeluarga di berkati selalu, di beri ketabahan yang amat sangat, di beri rezeki melimpah limpah memandang ekonomi sedang merosot, di beri kesabaran untuk melalui duka lara kehidupan pada tahun ini. Semoga Allah memberi yang terbaik buat keluargaku, buat adik adik ku, buat nenek dan makcik, buat kawan kawan ku yang sama sama dan senantiasa bersamaku di masa senang dan susahku. Semoga di ampun segala dosaku, dosa ibubapaku, dosa adik beradikku, dosa nenek dan makcik, dosa kawan kawan ku yang senantiasa bersamaku.

Amin.

Edz

No comments: