Friday, October 16, 2009

Perempuan Berkalung Sorban

Oleh kerana Edz jarang menonton TV atau mengetahui hal hal artis atau media, jadi tidak hairanlah Edz tidak tahu menahu tentang filem ini.

Edz dapat tahu apabila Edz beli album baru Datin Seri Hajjah Siti Nurhaliza. Terdapat dua buah lagu OST Perempuan Berkalung Sorban iaitu - Ketika Cinta dan Batasku Asaku.

Itu pun Edz tonton dari You Tube kerana dah 5-6 hari Edz tangguh untuk tonton cerita ini.

Terus terang Edz berani katakan bahawa intepretasi filem ini mengenai wanita begitu menakjubkan. Amat tepat sekali.

Kebebasan bagi wanita wanita di atas landasan dan pengaruh Islam.

Bagaimanapun tidak semua wanita mengecapi kebebasan sedemikian. Ada yang masih di jaga bak banduan di dalam penjara.

Walau bagaimanapun, kita tidak mampu untuk mempengaruhi sistem atau keadaan di negara mereka tapi kita hanya boleh berdoa supaya mereka di jaga dengan penuh kasih sayang dan adil.

perempuanberkalung.jpg

No comments: