Thursday, September 09, 2010

Ulasan Ramadan

Assalamualaikum,

Ramadan adalah bulan untuk umat Islam, berpuasa selama sebulan menahan lapar dan dahaga. Tetapi selain itu ia juga adalah bulan mulia yang limpahnya pahala pahala yang di ganjarkan dari Allah SWT kepada umat Islam. Rugilah kita kalau sepanjang bulan ini kita tidak sama sama merebut peluang ini. Hanya sebulan sahaja kita ada untuk bertungkus lumus merebut pahala dan pahala pahala ini ganjarannya lebih dari apa yang kita boleh lakukan sepanjang hayat.

Akhirnya sampai juga kita ke penghujung ramadan. Sebak rasa di dada saya masih ada lagi dan tahun ini juga saya berazam untuk fikirkan apa yang membuat saya sebak sangat.

Puasa adalah rukun Islam yang ke 3. Pada bulan ini juga 3 dari 5 perkara rukun Islam di jalankan serentak - Solat 5 waktu, puasa & membayar zakat. Selain zakat fitrah, kepada mereka yang berkemampuan harus melakukan zakat harta. Sebagaimana saya pernah menyatakan di blog saya dan juga di facebook, bahawa tidak masuk akal jika kita wajib berpuasa sebulan tapi tidak solat. Semakin umur kita meningkat semakin dekat kita menghampiri kubur - jadi perlukah kita mempersoalkan perkara yang wajib? Kalau tidak pergi terawih itu memang hak anda tetapi hak Allah SWT ialah kewajipan bersolat 5 waktu sehari. Dan seperti biasa kata kata nasihat ini dari saya ada juga membuat orang kurang selesa tapi tak mengapa, saya tetap berdoa semoga di buka pintu hatinya untuk di tunjukkan ke jalan yang benar - itu lebih afdal dari saya memaki hamun orang tak tentu pasal :) 

Bulan ini juga di ujinya hati dan perasaan saya sekali lagi bila perkara perkara lalu di timbulkan lagi. Semua orang mempunyai sejarah dan kesilapan masing masing tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh maju ke hadapan kerana kesilapan ini semua. Saya tahu silap diri saya dan saya akui dosa saya dengan Allah SWT. Tetapi, perlukah di aibkan seseorang kerana kesilapan lama nya?  Saya rasa saya tidak perlu menjawab kerana sudah terang di nyatakan dalam Al Quran mengenai pembukaan aib seseorang di dunia ini di balas setimpalnya di akhirat juga.

Saya amat bersyukur dengan rezeki yang saya ada pada bulan ini. Semuanya di belanjakan mengikut kemampuan dan dalam keadaan moderasi. Buat pertama kali sesudah lebih dari 10 tahun, saya tersentuh hati bila bonda membelikan saya sepasang baju kurung siap dengan kain samping untuk di pakai pada hari raya pertama. Ia sebagai penghargaan dari ayahanda & bonda kerana telah membawa mereka berjalan jalan ke satu tempat yang bonda telah lama ingin pergi. Alhamdulillah syukur saya di kurniakan rezeki lebih supaya dapat membawa mereka ke tempat yang mereka ingin pergi :)

Namun dalam kebahagiaan, sekali lagi saya di duga. Pak Long saya (sebelah ayahanda) meninggal pada Ramadan yang ke 25. Siapa yang mengenali saya tahu bahawa saya sudah mula tinggal sendirian. Saya sedang bersiap siap untuk ke pasar untuk membeli barang keperluan buat minggu terakhir ramadan. Jadi sewaktu saya mencapai telefon bimbit, tergerak hati untuk memeriksa jika ada panggilan yang tidak terjawab. Masa itu sudah hampir waktu pukul 7 pagi. Terdapat 2 panggilan tidak terjawab dan 2 sms - dari kedua dua adik perempuan saya dan panggilan tidak terjawab itu dari rumah orang tua saya. Saya beranikan diri untuk membaca sms itu walaupun dalam keadaan yang amat berat kerana saya tahu tiada berita baik akan di sampaikan kepada saya pada waktu itu. Rupa rupanya, di khabarkan kepada saya bahawa Pak Long saya meninggal. Saya pun terduduk dan tidak tahu apa nak buat. Terus saya telefon bonda untuk mengetahui khabar terbaru. Setelah itu baru saya dengan cepat mengemas barang barang, salin pakaian ke baju kurung putih dan telefon teksi untuk pulang ke rumah. Saya rasa, seumur hidup saya tidak akan saya lupakan perasaan yang saya alami waktu itu. 

Alhamdulillah juga, saya sekali lagi berjaya mentafsir dan mengkhatam Al Quran. Sudah seperti menjadi satu kewajipan bagi diri ini untuk mengkhatam sekurang kurangnya setahun sekali. Ini bukan untuk menunjuk riak atau membangga bangga kan diri tapi saya amat berharap dapat di jadikan satu motivasi pada kawan kawan bahawa kita makin hari makin tua..jgn tunggu sampai tua, gigi dah takde baru nak belajar sebut. Kita perbetulkan dari muda jadi tidak terbawa bawa sampai ke tua. Tahun ini juga, saya dapat lakukan tahlil  yang saya sendiri pimpin walaupun dengan kertas di tangan untuk apa yang hendak di baca (saya belum hafal lagi! hehe). Perkara ini membuat saya sebak sebab saya pernah suatu ketika berfikir, apa nak jadi kalau satu hari pakcik pakcik saya yang memimpin tahlil tiada lagi - siapa akan menggantikan mereka semua. Sebelum terlambat baik saya belajar dulu dan sangka saya ia mungkin berat tapi alhamdulillah, semuanya biasa sahaja cuma doa tahlil yang harus saya hafal sekali lagi. Ini mengharukan dan lebih terharu bila bonda sendiri memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin tahlil sebelum Ramadan dan tahlil pada malam ini lagi untuk ahli keluarga yang sudah tiada. Saya cuma harap ada rakan rakan lelaki di sini yang boleh memimpin tahlil untuk memperbetulkan cara saya membacanya - jika ada, syukur saya kerana boleh meminta pendapat dari mereka yang sudah biasa dengan memimpin tahlil. ( saya cuma tahu dua orang sahaja rakan di sini yang boleh memimpin tahlil dan mereka saya jadikan contoh buat diri saya untuk terus kehadapan) 

Buat pertama kali juga, selepas 2 ramadan, baru saya dapat bertemu kembali dengan rakan rakan dari NSS. Terutama yang saya ingin sampaikan penghargaan saya ialah Bro Fuad kerana telah banyak memberikan dorongan kepada saya walaupun dengan cara yang tidak diketahuinya. :) thank you Fuad for believing in me very much :) 
Tidak lupa juga kesemua rakan baik saya walaupun ramai wanita dari lelaki kerana senantiasa memberikan kata kata perangsang sewaktu saya berduka & sama sama mendoakan kebahagiaan saya, kepada rakan rakan baru yang tidak pernah bersua dan mengenali diri saya, terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkenalan. Kehadiran awak semua dalam hidup saya amat bermakna dan harap ia berkekalan hingga akhir hayat. Buat yang pernah saya terasa kecil hati atau mengecilkan hati awak dengan cara saya, diharapkan kita melupakan yang lalu dan maju kehadapan, belajar dari SILAP yang dilakukan dan jangan di ulangkan lagi. Baik juga dari saya dan awak :) 

Maka perkara perkara di atas ini memang sebakkan diri saya kerana ia mengenai diri saya sendiri. Saya sering mempersoalkan apa yang ada pada diri saya , sudah cukupkah amalan saya, penuh tak isi iman saya, kuat tak saya beribadah pada Allah? takut saya untuk membayangkan diri semasa di soal dalam kubur. Mampukah saya menjawabnya? 
Sesungguhnya Allah lebih berhak keatas diri saya.

Tiada bulan yang lebih baik dari Ramadan dan tiada insan yang lebih sempurna dari manusia. Maka dengan itu, syukurlah kita di berikan akal fikiran, tenaga dan sifat ehsan di dalam hati. Mesti sabar melalui kehidupan dan senantiasa ada sifat syukur dalam hati dalam APA jua dugaan yang diberikan kepada kita. 

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan berikan dugaan yang lebih berat dari apa yang kita mampu. 

Sempena akhirnya Ramadan pada tahun ini, maka saya - Mohamed Aidil Edzwan, memohon maaf atas segala kesilapan saya melalui kata kata atau perbuatan yang mungkin telah melukakan hati awak secara sengaja atau tidak. Andaian saya telah  termakan atau terminum kepunyaan awak harap dihalalkan buat diri ini. Andai kata ada juga yang ingin menuntut, sila lah mesej saya dan ingatkan kembali apa yang saya pernah terambil dahulu. Semoga awak semua berada dalam keadaan kemenangan esok dan sihat walafiat hingga ke ramadan yang akan datang sebanyak mungkin yang Allah ganjarkan kepada kita. Amin.

Dengan ini saya akhiri ulasan saya buat tahun ini. 

Aidil Edzwan Yunos. 

No comments: