Thursday, March 19, 2009

Kehampaan!

Kadang kala kita akan mengalami perasaan kehampaan dalam diri kita. Hampa dari segi apa pun:
terhadap rakan rakan
terhadap adik beradik
terhadap ibu bapa
terhadap orang sekeliling.

Sesungguhnya kita tidak boleh menghalang perasaan itu bermaharajalela di hati kita kerana ia akan memberi kesan buruk pada diri kita.

Dalam kehidupan Edz, memang ada kehampaan tetapi apakan daya tetap harus di teruskan.

Setiap kehampaan yang Edz lalui, Edz terima dengan hati terbuka. Edz hanya mampu serahkan sebulat bulatnya pada Allah SWT untuk mengubati hati Edz yang terluka.

Memang Edz tak ramai kawan sebab mungkin Edz tak pandai berkawan.

Edz memang mempunyai mulut yang kurang diam tapi apa pun kawan Edz minta pertolongan dengan keihklasan Edz akan memberi dari segi apa pun, wang ringgit? masa? apa saja Edz akan cuba.

Apakan daya kadangkala bila kita dah menolong orang tak akan ingat. Tapi Edz tahu Allah SWT lebih mengetahui. Bukan mengharap balasan tapi Mak Edz selalu pesan jangan kerana sikap buruk seseorang kita lupa kebaikannya pada kita. Tiap tiap orang harus di beri peluang berkali kali kerana dia juga manusia dan mampu melakukan kebaikkan dan tidak lepas dari keburukkan.

Kadang kadang hairan juga lah macam mana ada setengah setengah manusia tu boleh berbuat baik di depan Edz dan memburukkan seseorang di depan Edz tapi di belakang kita dia terbalikkan cerita dan memburukkan Edz di depan orang yang baru di cacinya pad Edz. Semoga Allah SWT mengampunilah dosa dia.

Tapi Edz tahu bahawa apa yang Edz lalui hanya sementara. Semoga Allah SWT membalas yang terbaik buat Edz dan kenalan kenalan Edz yang pernah Edz tolong. Semoga Allah merahmati mereka yang senantiasa berbuat baik demi Allah SWT dan ampunkan mereka yang membuat kejahatan dan keburukkan kerana kekadang itu bukan apa yang dia mahukan.

"Ya Allah, ampunkanlah kesilapan dan dosaku. Mudahkanlah perjalananku di dunia ini semoga aku senantiasa berfikiran yang terbaik buat semua perkara. Ya Allah, berikanlahku petunjuk untuk apa jua perkara semoga ia berada di jalan yang diredhaiMu. Sesungguhnya aku mahu yang terbaik buat diriku dan keluargaku. Semoga kami semua berada di dalam rahmatMu selalu. Amin. "




No comments: