Tuesday, December 29, 2009

Sepi

Sepi,
Tanpamu di sisi,
Tiada senyuman manismu,
Tiada dakapan manjamu,
Tiada kata kata perangsang darimu,

Sepi,
Duniaku tanpa dirimu,
Bagai jiwa ku bergelora,
Sepi bila kau tiada,

Sepi,
Tiada kata kata yang dapat menenangkan jiwa,
Senantiasa mengharapkan moga di pertemukan jua,
Meraihkan keakraban yang terjalin di antara kita,
Bibit Bibit cinta yang mekar di taman hati..

Sepi,
Hari hari ku,
Melanda kerunsungan..
Bagai hidup tiada erti,
Tanpa kau di sisi..

Sepi,
Aku harus kembali fokus,
Kerana cinta adalah sebahagiannya,
Rahsia hatiku
Rahsia kita berdua.

Sepi
Sayangku,
Kau juga sepi,
Aku berdoa kau selamat selalu,
dalam perjalananmu ke mana jua..

Sepi,
Sayangku,
Kau lah pelitaku di kala ku di kegelapan,
Ku hanya harap kau senantiasa bersinar untukku..

Sayangku padamu
Hanya aku seorang yang tahu,
Tiada manusia dapat menafsirkannya,
Cinta murniku...walau di landa badai sekalipun..takkan hilang begitu sahaja..

Sayang...
Tidak tersirat di hatiku,
Akan dapat ku memilikimu,
Takkan dapat ku lupakan,
kegiranganmu sewaktu ku tiba di sana,
Takkan dapat ku lupakan jua,
kesedihan bila perpisahan terjadi lagi..

Sayang,
Hari hari itu hanyalah angka semata mata,
Kita akan bersua sekali lagi,
Hati tetap senantiasa satu,
Ingatlah sayang..ku senantiasa menyayangimu...

buat sayangku....

No comments: