Tuesday, October 20, 2009

Terima Kasih

Alhamdulillah...

Terima kasih pada mak dan abah kerana memberi saya "duit birthday" sebagai hadiah.

Insya Allah saya akan gunakan untuk membeli sesuatu dengan duit itu. Dalam fikiran ini kemungkinan buat tambahan untuk jam tangan atau beg mulberry yang saya inginkan :P

Terima kasih juga pada saudara mara, rakan rakan sekerja, rakan rakan masa NS dan rakan rakan bekas sekolah semua kerana masih mengingati tarikh hari lahir saya.

Terima Kasih kepada mereka yang membelanja saya makan malam untuk menyambut hari kelahiran walaupun sudah lebih seminggu telah lalu.

Apapun saya bersyukur kerana masih di berikan nafas untuk terus hidup oleh Allah SWT.

Saya bersyukur Allah memberikan yang terbaik buat saya selama ini dan di kelilingi oleh orang orang yang tersayang.

Alhamdulillah...walaupun hari itu berlalu dengan sekelip mata..saya tetap menghargai perjalanan hidup saya yang penuh dugaan ini. 28 tahun adalah perjalanan yang paling lama saya tempuhi dan banyak kenangan pahit dan manis saya tetap saya akan ingat hingga ke akhir hayat.

Harapan saya bahawa janganlah membazir dan membuang wang ringgit untuk saya pabila hari kelahiran tiba.

Cukuplah dengan ucapan yang tulus ikhlas, doa doa anda buat saya.

Itu sudah cukup buat diri saya ini.

Saya hanya perlukan doa supaya di muliakan diri ini, di tambahkan rezeki untuk membantu orang yang lebih susah dari saya, di panjangkan umur dan sihat walafiat sepanjang hayat saya.

Kerana rasanya masih banyak lagi tugas tugas atau objektif hidup saya yang masih belum saya langsaikan. :)

Apa pun, saya akhiri dengan ucapan terima kasih saya pada semua..dan moga moga kita jumpa lagi tahun depan - insya Allah.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

No comments: