Tuesday, October 20, 2009

Ujian - Mengajar kita menjadi insan yang sabar dan tabah

Hari ini di pejabat, saya di kejutkan oleh adik tentang perkara yang sudah lama di jangkakan akan berlaku tapi hanya menanti masa yang sesuai.

Walaupun memang di jangka, tetap terkejut juga buat saya.

Saya tidak dapat memberitahu apa sebenarnya berlaku tapi ia akan menguji tahap kesabaran kami dan sekeluarga bersama.

Dalam situasi begini satu keluarga harus tabah dan sabar. Inilah masanya untuk semua bersatu dan bukan berpecah belah.

Ia menganggu keadaan saya kerana mengalihkan fokus saya dari hal hal pejabat ke hal hal peribadi.

Setelah menilai, berbincang menerusi email, kami ada plan untuk mengatasi masalah ini..dari plan utama sehingga lah ke plan yang back up.

Walau apa pun, ia juga menghibakan kerana inilah antara cabaran kami buat lembaran baru dan akan berlarutan hingga ke satu masa yang di tentukan.

Moga Allah SWT memberi berkah dan rahmatNya untuk kami...Doa-doa saudara saudari amat kami sekeluarga alu alu kan supaya jalan penyelesaian yang kami ada akan dapat membantu kami untuk merempuh masa masa akan datang.

Insya Allah Amin.

1 comment:

kianyong7 said...

berdoa agar edz dan keluarga dapat mengharungi cabaran ini...