Monday, October 05, 2009

Kasih

Kita jumpa,
Bermain mata,

Kita jumpa,
Senyuman terukir,

Kita jumpa,
Mula berdamba.

Nama Di Kenalkan,
Pujian silih berganti,

Tarikh ditetap,
Tempat di setujui,

Hanya tinggal kehadiran diri.

Hari dinanti pun tiba,
Tiada lagi peluang seperti ini.

Tangan bersalam erat,
Mata bertentangan,
berputik perasaan indah.

Mulut berbicara,
Hati berkata,
Mata memandang,
Masing masing tersipu malu.

Di ruang siber,
Jadi Luahan,
Tempat permulaan,
cinta indah.

Jangan sia siakan,
Cinta ku ini,
Jangan ku ditinggal,
buat yang lain.

Terima Kasih,
Terima diri ini seadanya,
Terima Kasih,
Kerana membahagiakan diriku ini.

Semoga jadi kenangan kita bersama buat masa akan datang...

No comments: