Sunday, October 11, 2009

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

---------------------------------------

Edz amat minat dengan lagu ini. Ia bermain dengan emosi kita dan sambil membuat kita berfikir sejenak.

Apa yang mungkin Siti fikirkan atau tafsirkan pada lagu ini hanya dapat di ketahui oleh Siti sendiri. Tapi pada diri Edz, mungkin maknanya membawa pengertian lain pada diri ini.

Namun hakikatnya, ia amat sedih sekali buat diri ini.

Dah beberapa hari ini, Edz di landa kesedihan yang amat berat. Entah mengapa dan tak tahu kenapa.

Dah puas istighfar, sujud, minta ampun, tapi perasaan ini tetap tak hilang.

Ia seseolah Edz akan kehilangan sesuatu yang berharga, pemergian seseorang yang Edz sayang atau mungkin merindui seseorang yang jauh..

Tapi memang Edz memainkan lagu ni dah berapa hari. Perasaan penuh emosi memuncak tadi petang.

Sambil cuba menahan cucuran air mata yang sedang berkaca di mata, Edz cuba alihkan perasaan negatif ke arah yang lain.

Tapi akhirnya Edz mengalah, dan menitis lah air mata membasahi pipi Edz.

Edz memang kuat emosi. Tapi bila Edz emo, Edz takkan marah pada orang. Edz lebih selesa keseorangan.

Apa masalah Edz, hanya Allah sahaja yang tahu. Biar Edz bawa sekali ke dalam kubur. Orang lain tak perlu tahu.

Kadangkala, sebagai insan kita banyak buat silap. Silap kepada Allah, mudah mudahan di ampunkan. Tapi kalau pada insan lain, belum tahu dia maafkan kita.

Kadangkala bila kita terlalu di sayangi ramai, kita pun terasa amat touching gitu. Sebab siapalah diri kita ni..mampukah kita live up to their expectation?

Kadangkala Edz rasa Edz banyak menghampakan orang lebih dari menjaga perasaan orang.

Tapi entahlah mungkin tak ramai nak berani feedback.

Apa pun, Edz sayang semuanya seikhlasnya. Kalau mereka terima diri ini dengan seadanya, Edz pun terima mereka seadanya.

Ya Allah, kurniakanlah yang terbaik buat kami semua - di dunia dan di akhirat. Balas setiap kebaikkan dengan kurniaan yang setimpalnya dan balaslah segala kejahatan dengan setimpalnya. Amin.

No comments: