Sunday, July 22, 2012

Dari Kaca Mata ku...

Alhamdulillah, dah 2 hari kita bersolat terawih. Setiap muslim tidak akan melepaskan peluang ini yang datang setahun sekali.

Di Pulau Singapura pun begitu, ramai bersungguh sungguh mengerjakan solat terawih, bersedekah, membaca Al Quran & lain lain yang mendatangkan kebaikkan pada diri mereka di bulan yang mulia ini.

Hari pertama & kedua ku berterawih di tempat yang sama - di kolong blok berhampiran dengan rumah ku.

Masjin An-Nur masih dalam peringkat naik taraf. Hari pertama ku bersama adik iparku & hari kedua seorang diri. Bapaku & adik lelaki ku kerja night shift...so tunggu mereka off baru boleh ajak gi terawih sesama - Insya Allah.

Tujuanku menulis di blog ini bukan untuk mencacat celakan sesiapa tapi sekadar peringatan buat semua.

Ada beberapa perkara yang ku rasa kurang elok yang masih di lakukan & antara mereka tidak sedar ATAU mungkin mereka have this "cant be bothered" attitude.

Tujuanku hanya UNTUK berkongsi dari pengalaman diri sendiri & mungkin ku juga pernah melakukan perkara yang sama.


1. Solat Terawih - Nak 8 Rakaat atau 20 rakaat & witir 3 rakaat?

Setahuku, kalau ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, Solat Terawih hanya 8 rakaat yang di lakukan dari selepas solat Isyak hingga sebelumnya Solat Subuh. Tapi kalau ikut konteks negeri ini & cara kita bekerja, its impossible to do that - lagi lagi solat tu bawah blok...ada time limit. Pukul 10 dah tak lei bising bising.

Tak kira pilihan yang mana satu, pada pendapat saya, yang NAK buat 8 rakaat, pergi ke saf belakang & yang nak buat 20 rakaat, pergi saf ke depan..jadi bila dah habis 8 rakaat, boleh lah sambung witir sebagai penutup & terus pulang.

Tapi kalau separuh dari para jemaah yang buat 8 rakaat kat depan setelah selesai 8 rakaat terus nak pulang, ramai pula yang harus ke depan untuk memenuhi saf saf yang mahu membuat 20 rakaat. Ini menjejaskan masa para jemaah. Bukan itu sahaja, mereka juga berbual sekuat kuat hati & tidak menghormati para jemaah yang mahu menyambung solat terawih pada rakaat seterusnya.

jadi masing masing harus ingat, kalau nak solat 8 rakaat, harus berada di saf belakang. Kalau anda bersama rakan rakan mengerjakan solat terawih, beredar dari situ dulu sebelum berbual jadi tidak menjejaskan para jemaah yang ingin menyambung solat terawih.

2. Anak Anak Kecil

Ku suka pada budak budak yang mahu melakukan solat. Pada ku nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tetapi tak semua anak anak kecil yang mampu berduduk diam. Ada setengah setengah jemaah yang anak anak mereka menggangu para jemaah yang sedang melakukan solat.

Contohnya - anak anak dah mula menangis kerana terlalu lama di situ. tambah pula dengan keadaan kolong blok yang panas kerana tidak ada kipas angin sekitar tempat jemaah itu - mulalah ia meragam - menangis.

Let's face it, kebanyakkan bapa tak pandai memujuk anak.

Pada saya ada dua perkara yang boleh di ambil iktibar -

i.  pertama kalau anak itu masih kecil dan hanya ikut kerana di ajak orang tuanya, alhamdulillah, tapi si bapa harus memikirkan tentang para jemaah yang lain. Maka saya lebih selesa jika anak anak ini bersama bapa mereka, berada di saf hujung sekali atau paling belakang sekali. Ini kerana jika anak itu meragam, sekurang kurangnya ada ruang bagi anak kecil itu untuk ia bersendiri & tidak menganggu para jemaah yang lain sebab, sebelah anak itu ialah bapanya dan bukan orang lain.

ii.  jika anak itu sudah memahami maksud solat dan masih meragam, hendaklah di marahi anak itu secara sembunyi. Jadi ia faham maksud bapanya bahawa ia tidak boleh meragam ketika solat sedang di lakukan.

3. Pakaian

Pilihanku semasa bersolat jemaah kebiasaannya adalah Jubah atau baju yang melepasi paras peha - kalau boleh hingga ke lutut.

Ia amat selesa & menjaga auratku.

Ada setengah setengah jemaah - para remaja -  yang memakai T-shirt yang sungguh ketat & singkat sehingga apa bila mereka bersujud, ku boleh lihat seluar dalam mereka dan kulit pinggang mereka.

Ini ketika mereka bersolat sunat di hadapanku.

Hari ini yang paling mencabar bagiku, seorang remaja yang bersolat terawih sebelahku tidak boleh diam. mengapa? ia sibuk cuba menarik baju nya yang singkat setiap kali selepas ia sujud atau ruku.
Kamu boleh menuduh saya tidak khusyu' tapi BAGAIMANA saya harus Khusyu jika setiap rakaat sikunya terkena dada saya ? Yes he is very tall.

Apa pun ku sabar. Jadi berpakaian senonohlah sikit. its ok to wear jeans and t-shirt but make sure ur t-shirt is acceptable for prayer wear.

no point wearing fashionable, impress ur peers but an inconvenience to others.

jadi itulah pengalaman dari kaca mataku.. jika tidak sependapat minta maaf - saya hanya seorang insan yang hanya mampu bercerita dan memberi pendapat. Yang lain terpulang pada hati masing masing...kalau baik di lakukan demi para jemaah, teruskan lakukan.

Sekian :)










Monday, July 16, 2012

Preparation for Ramadan

Assalamualaikum to all readers,

Alhamdulillah, we are reaching towards the end of Syaaban and Ramadan will arrive again. Every year without fail, i will be busy preparing for it - physically - which is to clean the house, buy clothes etc.

Each year without FAIL except last year as i had two things that impedes me from preparing for Ramadan.

They are:
a. my sister's wedding preps
b. my late uncle sickness

I dont view myself as someone who is very religious or follow every thing to the letter. However, as I begin to age and with the death of my beloved uncle, things takes a new turn.

I view life differently as a new chapter unfolds before me. I take my time to decide on things and i shelved off non important things

Today i spend my morning and afternoon visiting graves and i visited my late uncle's grave too. 

Feeling sad and i guess we all have no other choice however BUT to move on. 

and moving on to a better state. To a better objective.

I have immersed myself in spending more time in work - since i joined a new department last year. Alhamdulillah, I will see the fruits of my labour this July 2012 and many more people will benefit from it - Insya Allah. 

The other part that i decide to follow is to decline all iftar invitation and i have decided to focus solely on fasting and nightly prayers.

I hope Allah SWT will give me the strength to see through it and follow it till end of Ramadan. I do not want to miss any good rewards that He gave us during this month - Insya Allah. 

Wish all of you the best for Ramadan and hope you will take this opportunity to focus on life's objective and redeem ourselves for the sake of Allah SWT. Amin :)