Saturday, December 29, 2012

Delhi Gang Rape Victim Passed Away.

I was awake at 6 am to be greeted by this tragic news. A young Indian student was raped not by 1 BUT by 6 guys and whacked with an iron rod. When they are done with her, threw her off the bus and left to die.

This incident sparked massive riot in India.

The poor girl underwent many operations to her damaged intestines, had cardiac arrests and other multiple organ issues.

As tensions mounted, Indian Govt proceeded after consulting with doctors there in both public & private hospitals to send the girl to Mount Elizabeth hospital in Singapore.

She arrived and was immediately treated by a group of multi disciplinary doctors who went ahead to stabilize her condition.

She died this morning at 0445hrs.

The men who raped her should be given the most barbaric punishment that they can think of equal to the pain that the girl went thru.

That stupid dumb scientist who SAID that the girl should have submit herself to the rape should be raped as well. She should be sued by the parents and publish a FULL PAGE apology to the parents.

Why would a woman want to be raped? Which woman wanna get raped?

I hope the poor girl soul should not rest yet but to come back & haunt those 6 rapist plus the stupid scientist bitch.

Sunday, December 16, 2012

Sekadar Renungan

Salam,

Pagi tadi ku terlihat status update dari member sekolah yang aku amat hormati mengenai pasangan remaja yang mabuk menahan teksinya untuk ke sebuah hotel. Dia rasa serba salah kerana dia tidak dapat menunaikan permintaan mereka kerana tidak mahu rasa bersubahat.

Memanjang ku komen mengenai arak & persamaannya mengenai rokok. Tapi mungkin tidak dapat di terima ramai.

Tapi bukankah arak itu ibu segala maksiat atau permulaan bagi maksiat?

Ku remove komenku kerana ku rasa tidak dapat memdatangkan kebaikkan nyata terus ku ingin menyatakan hasrat ku & harap mendatangkan kebaikkan. di sini ku akan kupaskan pengalaman ku yang aku ingin kongsi.

Sewaktu ku bekerja di Hotel 8# dahulu, ku saksikan ramai anak anak muda yang ada sebaya umur ku, abang - kakak, pakcik - makcik atau atok atok yang datang ke hotel ini.

Maka ku pilih jalan yang sesuai untuk menjalankan tugas tanpa rasa janggal.

Pertama setiap kali ku nampak kelibat seseorang seperti Muslim, yang pertama ku lakukan - ku beri salam dan bersalaman dengan si lelaki.

Kita bersangka baik, walaupun hanya setakat 2 jam sahaja yang mereka akan gunakan. Ku tidak perlu bertanya jika mereka suami isteri atau tidak. Ia bukan urusan ku. yang penting ku tidak bersangka buruk kerana ku takkan tahu perihal perkara sebenar, kerana kalau ia perkara yang baik - aku akan melakukan fitnah.

Ini benar benar terjadi - ada 3 kisah yang nyata:

Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an masuk seorang diri dan ku memberi salam seperti biasa. Mendengar salam ku, secara automatik ia menjawab salam dan memberikan ku air muka yang sudah tahap menyampah dengan caraku.

Dia sudah keluarkan i/c nya dan sempat ku nampak namanya.

Tapi kemudiannya dia terus keluar  & tidak pula menanyakan tentang bilik untuk check in.

Kisah ke 2:

Sepasang pasangan muda check in dalam pukul 4 pagi dan ku memberi salam seperti biasa. Si perempuan ketawa sinis, se lelaki senyum tersipu tapi tetap menjawab.

Tidur semalam katanya selepas clubbing dan ingin rehat sebelum pulang kerana mulut masih bau arak.

Ku senyum mendengar alasannya - tidak menghukum kerana bukan tempatku untuk menghukum & aku juga sedang bekerja.

Mereka kemudian check in seperti biasa, dan masuk ke bilik kamar. Dalam CCTV yang ku saksikan, si lelaki berjauhan dengan si perempuan dan tidak bersamaan sepanjang perjalanan ke bilik. Tetapi tetap masuk bersama. Ku tetap bersangka baik dan teruskan kerja.

Dalam 15 minit kemudian telefon berdering dan ku jawab - asal dari bilik pasangan tadi.
si lelaki tanya di mana ada kedai untuk beli kotex. Di maklumkan kepada ku si perempuan sewaktu mandi terperasan beliau didatangi haid. Mujur rakan kerja ada spare terus memberi kepada si perempuan itu tadi. Suaranya seperti hampa...

Ku tetap bersangka baik & teruskan tugas.

Dalam pukul 7 pagi, si lelaki turun untuk menghisap rokok & ku pula sedang bersiap untuk pulang jadi terjumpa di carpark belakang hotel itu.

Ku bersalaman dan dia terus ucapkan terima kasih pada ku kerana menolongnya memberikan kotex itu semalam.

Ku tercengang & bertanya kenapa. Di ceritakan kepada ku tetapi ku pendekkan:

Mereka bukan pasangan suami isteri & hanya kenal antara satu sama lain sewaktu di club malam. jadi semasa dalam bilik pabila si perempuan hendak bersiap untuk mandi, ia terperasan ada yang tak kena mengenai si perempuan itu tapi kerana nafsu dia tolak tepi dan tunggu perempuan itu selesai mandi.

Apabila di maklumkan kepadanya yang si perempuan itu sedang kedatangan haid, beliau memang hampa tapi terus telefon kami di reception. Rakan kerja ku terus ke bilik mereka untuk memberikan kotex kepada lelaki itu.

Maka apabila dia memberikan kotex kepada perempuan itu, dia terperasan seperti ada tompok tompok merah yang bernanah di beberapa tempat tertentu pada tubuh perempuan itu.

Maka hilang segala nafsunya dan beliau berfikir panjang hingga ke pagi sementara perempuan itu mohon maaf kerana tidak dapat melayannya - sepatutnya haidnya tidak datang pada waktu itu.

Ku pun senyum dan nyatakan Allah masih menyayangi dia dan ku beritahu padanya suruh lakukan yang baik buat dirinya dan tinggalkan yang tidak baik dari diri nya.

Dia habiskan rokok & terus mohon diri untuk pulang tanpa mengambil duit deposit biliknya dan di tinggalkan untuk perempuan itu.

Kisah ke 3:

3 perempuan melayu pulang dalam pukul 4 pagi. Bau arak dan rokok masih ada di mulut mereka dan baju mereka sungguh menonjol sangat. Ku tetap senyum & beri salam seperti  biasa. Di jawab salamku dengan mata yang tajam. Kemudian minta kunci bilik mereka. ku ambil dari pigeonhole yang tersimpan  kunci itu termasuk kad pendaftaran mereka.

dalam pukul 6.45 pagi, ada 3 perempuan melayu bertudung keluar untuk check out. Bila ku capai kunci mereka, ternyata mereka adalah 3 perempuan melayu yang ku berikan kunci mereka sebelumnya.

Jadi di ambil kisah hidupku ini, dan ku letakkan diriku jika aku adalah rakan ku yang membawa teksi.
Pada ku, Allah SWT lebih mengetahui dan dia tahu kerelaan hati kita. Malah pada pendapat ku masih ada peluang bagi kawanku untuk memberikan dakwah yang terbaik buat mereka.

*memberi salam pada mereka
*dalam perjalanan ke hotel, berbual ramah dengan mereka - tidak perlu mengenai ugama tapi tanya berapa lama club, club mana yang best etc etc. korek mengenai latar belakang mereka - ia penting buat doa atau cegah kemungkaran.
*jalankan amanah tugas seperti biasa
*jangan ambil duit mereka jika rasa bersubahat atau kalau ambil, anggap lah ia satu duit tugasan, atau tidak dermakan sahaja.

*pertama - kita hanya manusia dan kita sudah berada tahap dewasa and kita sudah faham maksud ayat  amar maaruf nahi mungkar.

*kedua - kita tidak mampu cegah dengan kelakuan, kita cegah dengan lisan & kemudian hati.
dengan memberi salam, beramah mesra, dalam baik kita berdakwah & bersangka baik mengenai keadaan mabuk mereka - kerana ia Ibu segala maksiat, agar di terbitkan sedikit rasa keraguaan pada hati mereka yang kelakuan mereka lakukan itu tidak baik. Yang penting kita assertive mengenai perkara itu. Kerana bukan mereka tidak tahu yang perkara mereka lakukan itu salah..meraka tahu tapi buat tak tahu.

*ketiga - kita harus menjadi contoh dan senantiasa bersangka baik. Kemungkinan mereka telah berumah tangga pada awal usia muda tetapi masih belum mengenal erti maksud agama.

Jadi kalau kita cepat menghukum, kita tidak dapat menyelamatkan hati mereka. Yang penting hati mereka di detikkan untuk mereka fikir & dinilaikan kebaikkan atau keburukkan.

Tak rugi bersifat ehsan antara satu sama lain. Sebaik baik manusia, ialah mereka yang mencegahkan kemungkaran dalam apa jua perkara.

Kalau kita bersifat menghukum dan mencela, sampai bila pun kita sibukkan dengan aib atau kelakuan manusia sekeliling tapi tidak pula kita berkelakuan sedemikian dengan mereka yang ada ikatan silaturrahim.

Seperti -

a. isu aurat buat wanita
para isteri, anak anak dara atau sepupu sepupu yang tidak menutup aurat.
Perkara yang nyata dan mendatangkan azab buat kaum lelaki yang menjadi suami, bapa, abang, adik atau wali mereka.

Bukankah ini perkara bersubahat?

b. merokok
mereka yang menghisap rokok pun melakukan kemungkaran - dari segi:
i. kesihatan
ii. pembaziran wang

Dari kitab Imam Syafie,  Al-Umm, di nyatakan merokok itu haram hukumnya kerana yang di hisap itu adalah benda benda yang memudaratkan kepada badan kita untuk jangka panjang. jadi wajib kita mencegah kemungkaran ini yang berlaku sekeliling kita.

Hukum Makruh bukan dari segi erti maksud "di lakukan itu tidak dosa tapi kalau buat tidak pula berpahala"

Ia lebih bermaksud dari itu. Padaku ia perkara yang mendatangkan makna Makruh ialah harus di tinggalkan walaupun belum di nyatakan haram.

Kongsilah jika perlu.
Saya bukan orang yang bijaksana atau cerdik agama cuma saya rasa tidak patut kita dengan mudah mencela mereka yang bukan dalam arus agama. Malah sudah kewajipan sesama umat untuk ingat mengingati dan sama sama bersikap ehsan.

Kalau dah terkena dengan batang hidung sendiri dari anak - anak sendiri bagaimana pula? kalau dah members takkan nak maki anak members kan?

ini yang saya namakan - sibuk buka aib orang lupa mencari keredhaan Allah.